Sunday, May 27, 2012

Edisi Birthday Ke-17


Assalamualaikum. Bismillah. Alhamdulillah.


Huray hurayy mari sambut hari lahir~ Huray hurayy~ *lompat atas katil sampai roboh*. Dari malam pukul dua belas sah masuk 22 Mei 2012 muka dah start sengih macam nak kena pinang putera raja. Please please keeksaitedtan ku tidak mampu ku sorok. Even dalam hati pun tak mampu sembunyikan. Ahaa! jangan nak kecoh sangat orang lain pun sambut birthday jugak k?

Malam tu. celebrate dengan family makan dekat luar. tapi tahun ni tak dapat sambut dengan adik sebab dia stay hostel uuwwuwww kecian adik titeww T^T. Tapi takpe kek tetap simpakan sikit untuk adik (feeling akak mithali untuk 5 minit) and malam tu memang sangat bahagia rasa macam semua orang baik je dengan kita. Terasa diriku seperti bebigelss berambut cendawan di waktu kecil~

*Ayah and mama yang seperti pasangan bercinta* '______'
*gaya budak 17 tahun posing minta kasih sayang tapi tidak dilayan*


Tambah lagi bufday tahun ni bersamaan dengan satu rejab dalam kalendar islam. Alhamdulillah :-) Moga dipenuhi dengan ibadah sunat. Ehhh ada lagi, bufday kak yuyu zulaikha sama dengan kita weeewiit.  Self five sikit! Tapi tapi tapi kenapa kak yuyu lagi comel? Why? Whyy? *angkat kening kerut dahi*

Honestly, banyak perkara nak cakap terutama ayat TERIMA KASIH ni. Terima kasih dekat family (ayat macam menang award dekat tv, tapi award ni sekali seumur hidup) yang selalu ingat birthday saya. Terima kasih dekat kawan-kawan sekolah-sekelas-sebas-sekepala semua. Siap nyanyi-nyanyi lagi tak kira ah siapa je yang celebrate birthday dekat sekolah en?. Terima kasih pada yang mendoakan saya untuk SPM sampai buat saya gayut tak masal. Harap jadi doa kalian semua. Amin.

Ada jugak yang wish dekat facebook, twitter, phone :-) THANK YOU SO MUCH EVERYONE. YOU ALL MADE MY DAY!!!!! ALHAMDULILLAH. Rasa sangat bersyukur for having such a nice people around me.*capai tisu hembus hingus* Lahaii asal taching nii ~**~.

*gambar diambil saat umur sah 17 tahun* Ada beza?

Haii saya dah 17 tahun. Alhamdulillah :-) Tahun ni dah ada azam yang tercapai. tahun ni penuh keberkatan. Tahun ni saya last sekolah. Tahun ni last pakai baju sekolah. Tapi tak tahulah kalau nanti jadi pelakon pakai baju sekolah lagi macam fasha seindah sakura tu ^^. Sudahh -____-. Tahun ni bulan 5 memang memang MEMANG SERONOK BELAKA INDAH NIAN. Woo apakah? Rasa macam nak scream atas gunung ucap syukur tu. YA ALLAH TERIMA KASIH. May Allah ease the exam. May Allah bless people around me who have done so much for me and those who pray for me. TERIMA TERIMA TERIMA KASIH SEMUA!!! *lambai tangan*
Sincerely, Aida.

Thursday, May 10, 2012

Langit dan Pelangi.


Assalamualaikum.


Sepatutnya pada waktu begini mata sepatutnya sudah lelap. Otak sudah berhenti berfikir untuk rehat. Tapi, dalam hati meronta-ronta sejak pagi (tidak-ke-sekolah) bercerita soal langit dan pelangi. Syukur. Bulan 5 setakat ini berlalu dengan baik. Eceh, apa sebab bulan 5 ini bulan kelahiran siapakah? ding dong deng !

Pagi. Ah perlu ke aku cerita hal ini pada semua orang? Terpulang. mahu tahu boleh baca. tidak mahu, boleh tutup mata jeling-jeling sikit :-) . Sebelum ini sudah aku nyatakan, bulan 5 setakat ini berlalu dengan baik. Mulanya bila pagi itu ketika aku on-the-way ke sekolah aku lihat cuaca di langit sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Sebab biasanya masuk saja dalam kereta mata aku kuyu. Waktu itu, dalam hati timbul rasa kagum dengan ciptaan tuhan. dalam masa yang sama rasa takut itu juga turut dibawa bila terfikir saat tibanya hari kiamat langit ini sendiri akan menimpa kita yang kita lihat sebelumnya terapung ringan di udara berhiaskan awan.

Lepas je hari itu, aku gagahkan saja mata tiap kali masuk kerata. sejak hari itu juga mata aku hanya tertumpu keluar kereta memandang langit memerhati awan. seperti beri harapan baru. setiap hari itu juga aku doakan akan ada perkara lebih baik berlaku dari hari sebelumnya.


Putih. sinonim sungguh dengan warna blog aku. mungkin sebab itu juga aku terpikat. tapi kenapa baru sekarang? kan awan-langit-pelangi tu dah lama wujud? Ini kerana baru sekarang aku sedar dan tahu bagaimana caranya menikmati kehidupan selain dunia hiburan. baru sekarang aku belajar apa itu keindahan selain cuci mata lihat wajah insan-insan yang cantik/hensem.

Aku cuma sedar bila aku berada dalam kerata. dari dalam kereta juga lah aku dapat lihat pelangi. sekarang cuaca panas and then hujan. lepastu terukir pelangi berwarna-warni. aku terfikir apa sebab pelangi dalam bahasa inggeris tu 'rainbow' ? apa sebab dia muncul selepas hujan dan kerana bentuknya? jadi namanya 'rainbow' ?

Hati bersorak mata menjerit suruh tidur. Jadi sampai sini. Lebiusomuch!

Thanks for reading!